Portal Rasmi JKR Unit TLDM, Lumut

  • Full Screen
  • Wide Screen
  • Narrow Screen
  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Portal Rasmi JKR Unit TLDM, Lumut

Mengenai Kami

E-mail Cetak PDF

Jabatan Kerja Raya Pangkalan TLDM Lumut [JKR TLDM] Negeri Perak Darul Ridzuan telah di tubuhkan  pada Tahun 1983 sebagai memenuhi permintaan Kementerian Pertahanan. Penempatan unit ini di Pangkalan TLDM adalah khusus untuk melaksanakan perkhidmatan sengaraan awam, elektrik, mekanikal di kawasan seluas 1853 ekar yang dikelilingi oleh Muara Sungai Dinding dan Selat Dinding. Kawasan bangunan pejabat merupakan bekas pejabat tapak projek pembangunan Pangkalan TLDM yang dibina pada tahun 1978.

Bagi menjamin keselesaan, kesejahteraan dan keselamatan warga Pangkalan TLDM Lumut  khasnya, jabatan ini dipimpin oleh Hj. Abdull Rahman Bin Mat Isa sebagai Jurutera Kerja Kanan. JKR Pangkalan TLDM Lumut mempunyai 72 Pegawai dan Kakitangan dari Kumpulan Pengurusan Professional dan Sokongan dari seluruh pelusuk negara Malaysia yang berkhidmat bagi merealisasikan matlamat ini.


Selain dari Pengurusan Projek Pembangunan, JKR Pangkalan TLDM Lumut juga memberikan perkhidmatan menyenggara kemudahan awam seperti jalanraya, bangunan-bangunan kerajaan, jambatan, pam, loji, dan bekalan air. JKR Pangkalan TLDM Lumut juga memberikan khidmat nasihat teknikal kepada Kementerian Pertahanan dari semasa ke semasa.


Last Updated on Rabu, 04 April 2012 09:17

Kenyataan Penafian | Dasar Privasi | Soalan Lazim

JABATAN KERJA RAYA UNIT TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA
Pejabat Jurutera Kerja Kanan, JKR Unit TLDM, 32100 Lumut, Perak, Malaysia.

Tel: 605-6835409 Faksimili: 605-6894278 Toll Free: 1-800-88-3377
Email : admin@jkrperak.gov.my

 
You are here MUKA HADAPAN